Tuesday 29 May 2012

Anak Menghadapi Peperiksaan


Petua Untuk Ibubapa Menjelang
Anak Menghadapi Peperiksaan

Selalunya ibubapa rasa gementar menjelang anak-anak menghadapi peperiksaan akademik. Ikutilah petua ini dengan penuh disiplin:

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal.
2. Baca Yassin setelah solat subuh dan hadiahkan untuk anak kita yang akan menghadapi peperiksaan.
3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang akan menghadapi peperiksaan.
4. Banyakkan sedekah walau sedikit mana sekali pun.
5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 malam.

Mendidik Anak-Anak Belajar Sains Untuk Peperiksaan Akademik


Petua Untuk Ibubapa Mendidik Anak-Anak Belajar Sains
Untuk Peperiksaan Akademik

1. Buat ulangkaji selalu. - Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anak-anak tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji.

2. Belajar Sains setiap minggu. - • Tidak kisah apa jenis sains, belajarlah sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek lain sahaja. Siapkan kerja rumah dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

3. Cuba buat semua bentuk soalan.- Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jangan hanya memilih bentuk soalan yang disukai sahaja.

4. Beli buku-buku kerja yang terdapat model jawapan. Dengan cara begini, anak-anaka boleh membandingkan jawapan mereka dengan contoh/model jawapan yang diberikan.

5. Beli buku-buku soalan tahun-tahun yang terdahulu. Tujuannya adalah supaya anak-anak dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anak-anak juga akan tahu cirri-ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan. Biasakan mereka menjawab soalan-soalan begini selalu supaya secara tidak langsung mereka akan tahu bentuk dan ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan kelak.

Monday 28 May 2012

Merangsang Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa


Petua Merangsang Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa

1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.

2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada anak.

3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang sesuai akan dapat merangsang tindakan.

4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.

5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dan kenapa ia perlu dilakukan.

6. Jangan menggunakan perkataan “orang pertama” – kamu, anda, awak. Ia akan merangsang bantahan atau naluri melawan.
Gunakan bahasa “orang kedua”
“Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib”.
“Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.

7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.

Meningkatkan motivasi anak

Petua Untuk Meningkatkan Motivasi Anak

1. Penerangan Yang Jelas - Penyelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran - Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat- Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian - Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan Penyertaan - Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi Keperluan - Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

Petua Untuk Anak Belajar Matematiks


Petua Untuk Anak Belajar Matematiks

1. Wujudkan minat dalam matematiks dalam diri anak anda walaupun tidak pandai.

2. Kena Buat Banyak Latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya matematik adalah satu subjek yang anak anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Terdapat pelajar yang belajar matematiks dengan hanya membacanya.

3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anak anda faham topik tertentu, dia tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika dia tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematiks. Setiap kali anak anda berlatih menjawab soalan matematiks, catat masa yang dia ambil. Selalunya dia ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, galakkannya untuk mencuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4. Hafal Sifir. In penting. Ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan 5 yang diuji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikirannya akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otaknya. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anak anda minat dan mula menguasai. Dia akan puas hati dan paling gembira apabila berjaya selesai masalah. Sesiapa yang pandai matematiks dia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematiks, tetapi juga bidang atau subjek lain.

Sunday 27 May 2012

Petua Untuk Meredakan DEMAM


Koleksi Petua Untuk
Meredakan DEMAM

Petua 1:
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2:
Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 3:
Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6:
Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8:
Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9:
Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10:
Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11:
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12:
Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Petua Untuk Demam Kuning

Pilihan 1:
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 2:
a. Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu, anda hendaklah juga menila lampinnya.

b. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan tersebut. Campurkan air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.

Petua Untuk Merawat Demam Campak

Pilihan 1:
a. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat.
b. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. Ulangi jika tidak mencukupi. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika terlalu kering.

Pilihan 2:
1. Berikan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat 3 kali.
2. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah.
3. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekuarng-kurangnya 3 kali. Kesan campak berbintik hitam akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya.

Berdiet Tanpa Rasa Lapar


Petua Berdiet Tanpa Rasa Lapar

Tidak perlu mengurangkan pengambilan makanan, jika anda ingin kurus. Sebaliknya anda hanya perlu memilih jenis buah-buahan yang boleh menggantikan keinginan anda untuk merasa manisnya gula. Selain itu, tubuh akan memberi tindak balas positif terhadap gula natural yang terdapat di dalam buah. Antara buah-buahan yang sesuai untuk program diet ialah:

Nanas – Ia mengandungi bromelain, enzim yang mampu mengurangkan protein. Nanas juga kerap digunakan untuk membuang toksin dalam tubuh dan menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam nanas juga banyak, dan akan membuatkan anda terasa kenyang.

Limau - Selama ini limau dikenali sebagai buah-buahan yang kaya vitamin C. Namun, limau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti tidak mengandungi lemak, rendah kalori dan kaya serat.

Epal - 6 gram serat yang terdapat dalam sebiji epal bersaiz sedang, dapat membantu sistem pencernaan anda. Epal tidak memiliki kandungan sodium atau lemak, tetapi kaya vitamin serta mineral . Sebiji epal akan membuatkan anda kenyang dan membantu membakar kalori.

Peach - Selain rasanya yang enak, kalori peach juga rendah dan kaya dengan vitamin A dan C.