Tuesday 29 May 2012

Anak Menghadapi Peperiksaan


Petua Untuk Ibubapa Menjelang
Anak Menghadapi Peperiksaan

Selalunya ibubapa rasa gementar menjelang anak-anak menghadapi peperiksaan akademik. Ikutilah petua ini dengan penuh disiplin:

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal.
2. Baca Yassin setelah solat subuh dan hadiahkan untuk anak kita yang akan menghadapi peperiksaan.
3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang akan menghadapi peperiksaan.
4. Banyakkan sedekah walau sedikit mana sekali pun.
5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 malam.

Mendidik Anak-Anak Belajar Sains Untuk Peperiksaan Akademik


Petua Untuk Ibubapa Mendidik Anak-Anak Belajar Sains
Untuk Peperiksaan Akademik

1. Buat ulangkaji selalu. - Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anak-anak tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji.

2. Belajar Sains setiap minggu. - • Tidak kisah apa jenis sains, belajarlah sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek lain sahaja. Siapkan kerja rumah dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

3. Cuba buat semua bentuk soalan.- Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jangan hanya memilih bentuk soalan yang disukai sahaja.

4. Beli buku-buku kerja yang terdapat model jawapan. Dengan cara begini, anak-anaka boleh membandingkan jawapan mereka dengan contoh/model jawapan yang diberikan.

5. Beli buku-buku soalan tahun-tahun yang terdahulu. Tujuannya adalah supaya anak-anak dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anak-anak juga akan tahu cirri-ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan. Biasakan mereka menjawab soalan-soalan begini selalu supaya secara tidak langsung mereka akan tahu bentuk dan ciri soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan kelak.

Monday 28 May 2012

Merangsang Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa


Petua Merangsang Anak Mendengar Cakap Ibu Bapa

1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.

2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada anak.

3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang sesuai akan dapat merangsang tindakan.

4. Ulang perkara atau perkataan yang penting beberapa kali agar jelas dan nampak peri mustahaknya.

5. Jangan beri arahan sahaja. Terangkan juga cara dan apa yang dibuat dan kenapa ia perlu dilakukan.

6. Jangan menggunakan perkataan “orang pertama” – kamu, anda, awak. Ia akan merangsang bantahan atau naluri melawan.
Gunakan bahasa “orang kedua”
“Abah harap kamu mandi sebelum Maghrib”.
“Abah sedih kalau kamu bergaduh dengan kawan”.

7. Beri anak pilihan dalam perkara-perkara yang dilakukan. Ini akan membuatkan mereka terasa dihormati dan berkebolehan.

Meningkatkan motivasi anak

Petua Untuk Meningkatkan Motivasi Anak

1. Penerangan Yang Jelas - Penyelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran - Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat- Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian - Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan Penyertaan - Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi Keperluan - Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

Petua Untuk Anak Belajar Matematiks


Petua Untuk Anak Belajar Matematiks

1. Wujudkan minat dalam matematiks dalam diri anak anda walaupun tidak pandai.

2. Kena Buat Banyak Latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya matematik adalah satu subjek yang anak anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Terdapat pelajar yang belajar matematiks dengan hanya membacanya.

3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anak anda faham topik tertentu, dia tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika dia tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematiks. Setiap kali anak anda berlatih menjawab soalan matematiks, catat masa yang dia ambil. Selalunya dia ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, galakkannya untuk mencuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4. Hafal Sifir. In penting. Ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan 5 yang diuji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikirannya akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otaknya. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anak anda minat dan mula menguasai. Dia akan puas hati dan paling gembira apabila berjaya selesai masalah. Sesiapa yang pandai matematiks dia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematiks, tetapi juga bidang atau subjek lain.

Sunday 27 May 2012

Petua Untuk Meredakan DEMAM


Koleksi Petua Untuk
Meredakan DEMAM

Petua 1:
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2:
Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 3:
Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6:
Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8:
Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9:
Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10:
Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11:
Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12:
Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Petua Untuk Demam Kuning

Pilihan 1:
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 2:
a. Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu, anda hendaklah juga menila lampinnya.

b. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan tersebut. Campurkan air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.

Petua Untuk Merawat Demam Campak

Pilihan 1:
a. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat.
b. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. Ulangi jika tidak mencukupi. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika terlalu kering.

Pilihan 2:
1. Berikan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat 3 kali.
2. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah.
3. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekuarng-kurangnya 3 kali. Kesan campak berbintik hitam akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya.

Berdiet Tanpa Rasa Lapar


Petua Berdiet Tanpa Rasa Lapar

Tidak perlu mengurangkan pengambilan makanan, jika anda ingin kurus. Sebaliknya anda hanya perlu memilih jenis buah-buahan yang boleh menggantikan keinginan anda untuk merasa manisnya gula. Selain itu, tubuh akan memberi tindak balas positif terhadap gula natural yang terdapat di dalam buah. Antara buah-buahan yang sesuai untuk program diet ialah:

Nanas – Ia mengandungi bromelain, enzim yang mampu mengurangkan protein. Nanas juga kerap digunakan untuk membuang toksin dalam tubuh dan menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam nanas juga banyak, dan akan membuatkan anda terasa kenyang.

Limau - Selama ini limau dikenali sebagai buah-buahan yang kaya vitamin C. Namun, limau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti tidak mengandungi lemak, rendah kalori dan kaya serat.

Epal - 6 gram serat yang terdapat dalam sebiji epal bersaiz sedang, dapat membantu sistem pencernaan anda. Epal tidak memiliki kandungan sodium atau lemak, tetapi kaya vitamin serta mineral . Sebiji epal akan membuatkan anda kenyang dan membantu membakar kalori.

Peach - Selain rasanya yang enak, kalori peach juga rendah dan kaya dengan vitamin A dan C.

Tuesday 22 May 2012

Sakit Kepala

Petua Sakit Kepala

Sakit kepala biasanya berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat di seluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

Punca Dari Pakaian - Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya - Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

Punca Dari Mata - Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

Punca Dari Penyakit - Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Kepala - Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Ubat Sakit Kepala

Pilihan1: Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan akan sembuh segera.

Pilihan 2: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Kosongkan Fikiran Berserabut

Petua Untuk Kosongkan Fikiran Berserabut

Kembali Kepada Alam - Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.

Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

Masalah Perut Buncit

Petua Mengatasi Masalah Perut Buncit

1. Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

2. Makan Perlahan-lahan - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

3. Mengurang Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

4. Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

5. Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

6. Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

7. Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal


Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.

2. Makan buah badam.

3. Makan daging kambing.

4. Halwa halia.

5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

6. Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu solat.

Mengatasi Masalah Tidur di Dalam Islam


Petua Islam Untuk Mengatasi Masalah Tidur

• Berwudhuk sebelum tidur
• Membaca Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)
• Mengucap 2 kalimah syahadat
• Membaca doa tidur
• Bercakap/berdoa menyatakan impian anda dalam hidup di dunia dan akhirat
• Tutup mata dan membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.

Menangani Bayi Demam


Petua Menangani Bayi Demam

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.

Pilihan 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

Pilihan 2: Ambil segengam beras pulut dan goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut berwarna kekuningan. Seterusnya ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air suam dan tapis. Beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan dibuat mandian. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Anak Dara Mengekalkan Keayuannya


Petua Untuk Anak Dara Mengekalkan Keayuannya

1. Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”. Juga jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

2. Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

3. Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

4. Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

5. Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

6. Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

7. Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

8. Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

9. Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

10. Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

12. Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

13, Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Surah Al-Fatihah

Makna Surah Al-Fatihah


Anak Dara Yang Hendak Kuruskan Badan


Petua Untuk Anak Dara Kuruskan Badan

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.
2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:
1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.
3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.
4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.

Cinta Tidak Berbalas


Kenapa Cinta Tidak Berbalas?

Cinta Tanpa Sedar - Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu menguja dirinya. Langkah terbaik,beranikan diri untuk berhadapan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda.

Cinta Tidak Diundang - Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta kita sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya kita bahagia. Tetapi bagaimana jika penamatnya menyedihkan?

Cinta Terisi - Kita mencintai kepunyaan orang. Ramai juga yang berjaya memetik bunga di laman orang, dengan syarat si bunga sudah bosan dengan si kumbang. Kalau anda memiliki tahap kesabaran menggunung tinggi, tunggulah kalau-kalau badai melanda cinta mereka, di kala itu mainkan peranan ibarat orang mengantuk di sorong bantal.

Cinta Terhalang - Barangkali si dia telah mengetahui sekuat mana usaha yang dilakukan, cinta yang bakal dijalin pasti beronak duri, penuh halangan yang tidak mungkin diatasi. Ia seperti cinta antara benua, mungkin cinta orang Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak. Biasanya percintaan ini melibatkan pihak ketiga terutama dari kedua belah keluarga.

Tiada Jodoh - Habis cerita. Jika tiada suratan takdir untuk anda bersamanya, terimalah saja pasrah Ilahi. Mungkin ada sebab musabab di atas kegagalan cinta anda terhadap orang yang dicintai. Barangkali ada insan yang lebih baik dan istimewa sedang menanti nanti. Kegagalan cinta tidak bermakna anda berada di hujung dunia.

Cinta Jarak Jauh


Petua Cinta Jarak Jauh

Elak Cemburu Buta - Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Belajar Menerima Hakikat - Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Gunakan Teknologi Terkini - Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.

Bercerita dan Berkongsi Masalah - Sikap suka menyembunyikan sesuatu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Jangan memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Jauhi Isu Remeh-Temeh - Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.

Rancang Kejutan - Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna. Lebih menarik lagi jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.

Pasangan Yang Mudah Cemburu


Petua Untuk Pasangan Yang Mudah Cemburu

1. Cemburu itu tanda sayang, tetapi jangan berlebihan. Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tetapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

2. Jangan sesekali memungkiri janji.

3. Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

4. Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

5. Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

6. Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

7. Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Mahu Menguruskan Badan??


Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan

1.Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg dalam seminggu. Angka 0.5kg adalah angka biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan wanita. Jangan terlalu memaksa jika anda tidak mencapai sasaran awal.

2. Tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat doktor.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

4. Kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis. Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

5. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Anda disyorkan untuk menggantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

6. Banyakkan minum air mineral.

7. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sunday 20 May 2012

Petua Senaman Wanita


Petua Senaman Wanita
Untuk Kepuasan Seks

PERHATIAN: Mohon maaf jika petua ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat.

Senaman Kegel - Salah satu cara untuk memastikan otot vagina memberi ‘cengkaman’ yang kuat ketika hubugan intim adalah dengan mengamalkan latihan kegel. Latihan ini mampu meningkatkan keanjalan otot vagina. Latihan kegel sangat mudah, ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Caranya adalah ketika duduk tahan otot vagina seperti anda sedang menahan air kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulangi gerakan ini sebanyak 10 kali.

Senaman Otot Paha - Latihan untuk mendapatkan otot paha yang kuat perlu kerana sesetengah posisi hubungan seks memerlukan kekuatan otot tersebut. Otot bahagian peha boleh dimantapkan dengan melakukan gerakan senaman seperti aerobik. Selain itu jogging atau lari juga boleh dilakukan. Senaman ini sebaiknya dilakukan dengan teratur iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit.

Senaman Otot Pinggul - Ia bertujuan untuk melancarkan peredaran darah kebahagian rongga pinggul. Konstraksi otot pinggul penting dalam situasi orgasma. Ketika merasa terangsang, jantung akan mengepam darah lebih pantas ke bahagian pinggul. Bila darah yang masuk kebahagian tersebut makin banyak maka dinding vagina akan menjadi lebih tebal dan tubuh wanita lebih bersedia untuk mencapai orgasma. Cara senaman yang paling elok untuk memperkuatkan otot pinggul adalah dengan berbaring dan kedua siku menyangga badan tapi pastikan badan tidak diletakkan pada lantai. Rapatkan kaki dan luruskan. Halakan kaki anda ke atas membentuk sudut 30 darjah tanpa membengkok lutut. Tahan kaki anda selama 6 saat dan ulangi sebanyak 8 kali.

Senaman Otot Punggung - Kekuatan otot atau bahagian punggung perlu kerana ada kalanya posisi ketika melakukan hubungan intim memerlukan anda mengangkat bahagian punggung. Otot punggung yang kuat membolehkan anda bertahan hingga beberapa lama untuk memberi kenikmatan pada pasangan. Berdiri tegak dengan kaki terbuka. Genggam’dumb bell’ seberat 2 kilo pada setiap tangan di belakang punggung. Perlahan-lahan turunkan punggung dengan membengkokkan lutut. Tahan selama 8 saat dan berdiri semula. Ulang gerakan ini hingga 10 kali. Selain amalkan juga seperti berenang dan berjogging untuk memperkuatkan otot punggung.

Wednesday 16 May 2012

Waktu subur wanita

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Oleh: Dr. Azwan 

Saturday 12 May 2012

ASMA' ALLAH


ASMA' ALLAH

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah..

45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala p uji an.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Petua Melayu Untuk Meningkatkan Kesuburan


Petua Melayu Untuk Meningkatkan Kesuburan

1. Elakkan makan makan daging merah (contohnya daging lembu, kambing, dan rusa)

2. Elakkan makan makanan dari tenusu (contohnya, susu lembu, keju dan produk tenusu).

3. Tenangkan jiwa. Pergilah melancong. Bila tenang, badan anda pun tenang.

4. Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.

5. Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah kafein.

6. Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.

7. Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.

8. Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.

9. Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.

10. Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

Petua Islam Untuk Memotong Kuku

Petua Islam Untuk Memotong Kuku

Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa
yang mengerat kukunya pada -

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat