Monday 30 April 2012

Sebiji kurma


Kisah ini terjadi di Kota Madinah pada suatu ketika semasa Rasulullah SAW masih hidup.

Suatu hari ketika pemuda miskin sedang melintas di sebuah kebun kurma dia terasa tersangat lapar.

Saat dia berjalan di kebun kurma itu tanpa sengaja dia terlanggar setandan buah kurma yang menjuntai hampir menyentuh tanah.

Pemuda itupun memetik dan memakannya. Perbuatannya itu diketahui pemilik kebun yang segera memperlinya dan mengacu parang kepadanya.

Pemilik kebun kurma itu ternyata sangat bakhil:
“Aku akan bawa kamu dan adukan kepada Rasulullah. Biar tanganmu dipotong”.

Pemuda miskin itu tidak boleh berbuat apa-apa kerana terasa memang dirinya yang bersalah.

“Tapi apakah tanganku akan dipotong hanya kerana sebiji kurma?” Bisik hatinya seraya pasrah ditarik tangannya oleh pemilik kebun menuju ke tempat Rasulullah.

“Ya Rasul! Potong tangan orang ini. Dia telah mencuri di kebunku!”. Pemilik kebun itu berkata kepada Rasulullah.

“Apa yang kau curi, wahai saudaraku!?” Rasulullah SAW bertanya dengan penuh kesabaran.

“Maafkan aku ya Rasulullah!. Aku telah mencuri sebiji kurma dari kebun tuan ini. Aku khilaf ya Rasul! Aku lapar”. Kata pemuda itu dengan suara yang agak hiba dan menyedihkan.

Rasullah SAW menghela nafas sejenak. Kali ini pandangannya ditujukan kepada pemilik kebun.

“O … rupanya hanya sebiji kurma. Mengapa tidak engkau infakkan saja kepadanya sehingga engkau mendapatkan kebaikan dan pahala yang berlipat ganda?.” Rasulullah bertanya dan menunggu jawapan daripada si pemilik kebun.

“Tidak ya Rasulullah! Orang ini harus diberikan pengajaran. Jika dibiarkan kelak menjadi kebiasaan. Aku tidak mau menginfakkan kurma itu. Aku memilih agar dipotong saja tangannya!”

“Infakkan wahai saudaraku!” Atau mahukah engkau aku tawarkan yang lebih hebat lagi? Infakkan pohon kurma yang lebat itu, dan engkau akan mendapat syurga kerananya”. Rasulullah SAW menampakkan senyuman tanda optimis menunggu jawapan daripada pemilik kebun.

Pemilik kebun menerawang sesaat. Kepalanya didongakkan ke langit. Dia berfikir akan kebenaran janji yang baru saja disebutkan Rasulullah untuknya.

Kemudian dia menghelakan nafas sambil katanya:

“Syurga ya Rasulullah?!. Apakah sedemikian remeh kau tawarkan syurga hanya dengan sebatang kurma?. Tidak! Aku tidak menginginkannya!” Bantah pemilik kebun itu tak percaya.

Rasulullah SAW tersentak, tak terbayang olehnya kekikiran yang dimiliki oleh salah seorang umatnya.

Lalu terdengar tutur seorang lelaki yang juga turut hadir di situ. “ Wahai pemilik kebun!, apabila engkau tidak mau menerima tawaran Rasulullah, mengapa tidak engkau jual saja kepadaku?”

Rasulullah dan pemilik kebun itu terpegun dan kedua-duanya menoleh pada sumber suara.

Pemilik kebun itu berkata kepadanya:

“Aku tidak akan menjual pohon kurma itu dengan harga yang murah, wahai saudaraku? ”. Kesombongannya itu zahir dalam nada suaranya.

“Berapa yang kau minta demi pohon kurma itu?”

“Aku akan tukar pohon kurma lebatku itu dengan 40 batang pohon kurma. Bagaimana? Apakah kamu mau membelinya?” Balas pemilik kebun.

Harga yang amat hebat dan fantastik dan tidak masuk akal. Sebuah harga yang muncul daripada sifat kekikiran yang membawa kepada ketamakan.

Namun kenikmatan syurga tidaklah sebanding dengan mahalnya dunia.

Lalu lelaki itu membalas: “Baik! Aku akan membeli pohon kurma itu dengan 40 batang kurma yang aku miliki. Bahkan, jika engkau meminta lebih daripada itupun, aku akan membelinya demi mendapatkan syurga di akhirat nanti”

Akhirnya dijuallah pohon kurma itu dengan 40 batang pohon kurma lainya. Kemudian pembeli pohon tadi mengikhlaskan kurma yang telah dimakan oleh pemuda miskin tadi sebagai infak.

Manakala si pemilik kebun yang bakhil itu telah mendapatkan keuntungan dunia yang berlipat ganda.

Namun disebabkan kekikirannya, dia telah mensia-siakan tawaran Rasulullah demi mendapatkan syurga di sisi Allah SWT.

Kejadian ini menyebabkan turunnya (asbabun nuzul) beberapa ayat daripada surah Al-Lail:

Ayat: 5 hingga 11.

5- “Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya)

6- Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik.

7- Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

8- Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,

9- Serta ia mendustakan perkara yang baik,

10- Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

11- Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

Wallahu a’lam

Petua Menghilangkan Sedu


Petua Menghilangkan Sedu

Pilihan 1:
a. Tahan nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring. Tujuannya, supaya anda berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.
b. Urut bahagian atas atau belakang langit-langit mulut. Cara ini mungkin nampak agak pelik sedikit tetapi ianya membantu. Dengan mengurut di bahagian langit-langit langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton.
c. Minum segelas air sejuk dengan segera. Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.
d. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 atau 3 minit. Ia bertujuan agar anda dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan.
f. Bersendawa. Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

Pilihan 2:
Cincang buah papaya (betik) yang sudah cukup masak, Kemudian campur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 1/2 sudu madu asli. Makan sedikit demi sedikit. Amalkannya 2 kali sehari.

Pilihan 3:
Asapkan 8 lembar daun sawi tanah dan terus makan 3 kali sehari.

Koleksi Petua Mengubati Kencing Manis


Koleksi Petua Mengubati
Kencing Manis

Petua 1: Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.

Petua 2: Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.

Petua 3: Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.

Petua 4: Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Petua 5: Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

Mengatasi Masalah Perut Buncit


Petua Mengatasi Masalah
Perut Buncit

Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan Perlahan-lahan - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurang Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Perasaan dengki


Perasaan Iri Hati atau Dengki

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dengan satu sifat mazmumah.Rasa iri hati, dengki dengan kesenangan orang lain, kecantikan wanita lain, juga kelebihan orang lain. Sebagai seorang Muslim janganlah kita minta dihadirkan perasaan begini. Iri hati dengan kejayaan orang lain. Iri hati dengan pasangan orang lain yang dilihat lebih sempurna. Iri hati dengan kecantikan orang lain. Iri hati dengan kekayaan orang lain. Iri hati dengan kesenangan orang lain.

Sebenarnya, iri hati ini datang atau timbul kerana kurangnya rasa syukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kita. Kita buta dan alpa dengan segala kurniaan yang Allah s.w.t. telah hadiahkan pada diri kita. Perlukah kita bandingkan dengan kelebihan orang lain apa yang Allah telah berikan pada mereka? Sedangkan Allah s.w.t. lebih arif tentang apa yang terbaik untuk diri kita. Siapalah kita untuk mempertikaikan semua itu?

Allah berfirman, terjemahannya:
“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan ni’mat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya?”

Apabila hasad dengki bersarang dalam dada kita, maka kita akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki mengharapkan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.

Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat. Perkara ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah yang bersumber daripada Abdullah bin Basyar, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:

“Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan aku pun tidak daripada golongannya.”
(Al-Hadis).

Merawat Ulser Mulut


Petua Untuk Merawat
Ulser Mulut

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan:
• Stres
• Perubahan hormon
• Jangkitan
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Rawatan radiasi
• Rawatan kemoterapi
Ia sering dihubungkaitkan dengan:
• Rasa membakar di dalam mulut
• Kesakitan
• Ketidakselesaan yang berpanjangan
• Hilang selera makan
• Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit:
• Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
• Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
• Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
• Makan makanan yang lembut.
• Kurangkan makanan pedas dan berempah.
• Minum air secukupnya.

Mengubati Lelah atau Asma


Petua Mengubati Lelah atau Asma

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma - Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

Sunday 29 April 2012

Petua Untuk Suami Mencurahkan Jalinan Kasih


Petua Untuk Suami
Mencurahkan Jalinan Kasih

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan
tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan
kepada isteri apabila dirangsang suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

Muhasabah diri dlu..


Sebelum tidur, jom muhasabah diri dulu..
Bersihkan hati & minda dari perkara2 yg merosakkan akal, maafkan insan2 yg menyakiti kita & jangan lupa insan yg kita aniaya dengan kata-kata/tingkah laku. Selagi mana Allah pinjamkan udara yg bersih, penglihatan yg baik, pendengaran yg jelas..patuh dan taat padaNya. Janganlah kita berjalan dengan sombong dan mendabik dada. Tidur adalah mati sementara..

Bahaya mulut celupar


Bahaya Mulut Celupar

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.

Bahaya Mulut Celupar

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Tidak ada istilah “dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya.

Fikir-fikir


❀♥ Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.. ♥❀
❀♥ Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.. ♥❀
❀♥ Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka.. ♥❀
❀♥ Belajarlah redha apa yang kita ada.. ♥❀
❀♥ Itulah yang terbaik buat kita.. ♥❀
❀♥ Walaupun itu bukan yang kita suka.. ♥❀

Jantung Berdebar


Jika JANTUNG Berdebar

1. Jika jantung anda berdebar dan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Jika anda kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Jika sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Jika semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jika kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jika tapak tangan anda semakin basah

Maka ikutilah petua ini :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi marjerin
6.Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, dan potato chip
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit. Selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah, tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Anda jiga boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah
siap diproses
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai ,kerana ia dicampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Saturday 28 April 2012

Petua Hilangkan Bau Hanyir Pada Tangan


Petua Hilangkan Bau Hanyir
Pada Tangan

Ikan yang disiang pasti akan meninggalkan bau yang hanyir pada tangan anda. Ikutilah petua ini agar tangan anda tidak lagi berbau hanyir selepas menyiang ikan. Kebiasaannya kita pasti akan menggunakan sabun untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, apa yang kita tidak tahu, serbuk teh juga dapat menghilangkan bau ini. Ambil segenggam serbuk teh dan lumurkan pada tangan anda. Selepas itu, gosokkan serbuk teh tersebut pada tangan anda dan bilas menggunakan air bersih. Bau hanyir tersebut pasti akan hilang.

Petua Untuk Menghilangkan Badan Berbau


Pilihan Petua Untuk Menghilangkan
Badan Berbau

• Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
• Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
• Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
• Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
• Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

Petua halau ular masuk rumah


Petua Halau Ular Masuk Rumah

1. Kenapa ular masuk ke dalam rumah? Ular tidak akan masuk ke dalam rumah jika ia tidak mencari makanan. Elakkan makanan ular dari masuk ke rumah anda seperti tikus. Anda patut risau apabila ada tikus, ada juga pemangsanya.

2. Keadaan rumah yang bersepah mendorong ular masuk rumah anda. Kemas atau bersihkanlah rumah anda selalu supaya tidak disalah sangka sebagai sarang ular.

3. Ular daun suka masuk dari bumbung rumah. Bagi anda yang tinggal di kampong, Jadi jika ada pokok-pokok tinggi yang berdekatan bumbung rumah, kemungkinan ular daun mudah naik ke bumbung rumah anda.

4. Ataupun ular boleh menjalar melalui wayar telefon dari tiang telefon utama. Hanya tiang telefon yang jadi penghubung setiap bumbung rumah di kawasan rumah kampong. Ada kemungkinan ular menjalar dari rumah yang bumbungnya dekat dengan pokok, kemudian menjalar ke tiang telefon.
5. Bacalah doa gangguan ular sebanyak 3 kali tatkala berdepan ngan ular..."salamun ala nuhi salam"...insyaAllah selamat
6. Tabur belerang kuning insyallh bulih jugak

Koleksi Petua Untuk Mengempiskan PERUT


Koleksi Petua
Untuk Mengempiskan PERUT

Pilihan 1:
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 4: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 5: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Petua Untuk Tidur Lena


Petua Untuk Tidur Lena

Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.

1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tidak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
4. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
5. Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru, elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

PETUA:

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.
2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur
3. Katil dan tilam anda mesti selesa
4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur
5. Jika anda susah tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan
6. Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur
7. Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur
8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur
9. Jangan fikirkan hal-hal pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

Kecantikan Untuk Wanita


Koleksi Petua Kecantikan
Untuk Wanita

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka - Ambil 1 biji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 4 kali.

Menegangkan Kulit Muka - Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka.

Menyerikan Wajah - Jika anda inginkan wajah anda sentiasa berseri apabila dipandang orang, amalkan selawat sebanyak 3 kali setiap pagi, sebelum mencuci muka. Seterusnya sapukan air itu ke muka anda.

Menghaluskan Kulit - Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Sarapan Pagi Yang Berkhasiat


Sarapan Pagi Yang Berkhasiat

Bijiran Sarapan Pagi - Dimakan bersama susu rendah lemak dan potongan buah-buahan. Ia membekalkan protin, kalsium, vitamin dan zat galian yang lain. Hidangan ini rendah lemak, mudah, ringkas dan cepat disediakan. Paling sesuai bagi anda yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

Emping - Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun. Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat. Ia membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai Pilihan Sandwich - Pilih roti paun meal penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi. Inti yang berkhasiat seperti tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, dan jem tanpa gula. Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya). Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Mee/Nasi/Bubur - Ia hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat. Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Hidangan Ubi - Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan. Contoh hidangan ubi adalah ubi rebus, ubi panggang, ubi kukus, dan ubi lecek. Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai Hidangan Telur - Telur adalah sumber protin dan zat besi. Contohnya, telur rebus telur dadar, telur 'scramble', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/daging/bawang dan sayur-sayuran).

Buah-buahan - Pisang, Buah Lai, Limau, Epel, Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt, Kurma, Kismis, dan Prun.

Petua Untuk Mengelak Penyakit Batu Karang


Petua Untuk Mengelak
Penyakit Batu Karang

1. Ambil sebiji buah nenas yang sederhana masak. Kemudian bakar sebentar atas dapur. Ia untuk membuang gas yang terdapat dalam buah nenas itu. Potong kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian itu dan kupas kulitnya lalu kisar/blender hingga hancur. Tapis dan minum airnya. Buat pada sebelah pagi dan sebahagian nenas lagi dikupas lalu kisar untuk diminum pada sebelah malam. Bagi anda yang sudah ada penyakit batu karang, amalkan ramuan ini selama satu minggu. Untuk mengelakkan penyakit batu karang minum sebulan sekali.

2. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

3. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

4. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

5. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

6. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

7. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

8. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

9. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Petua Untuk Hancurkan Batu Karang - Dapatkan 1 kaki tebu hitam ( bukan daun hijau ) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. Minum campuran tersebut. Baca selawat 3 kali .Batu karang akan hancur.

Petua Wanita Untuk Kuruskan Badan


Petua Wanita Untuk Kuruskan Badan

1. Jika anda meluangkan waktu untuk sarapan boleh menumpukan perhatian dengan baik, lebih produktif, dan tidak mudah keletihan. Melambatkan dan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan pada hari tersebut. Oleh itu, anda tidak seharusnya meninggalkan sarapan pagi. Atur waktu anda dengan baik dan tersusun agar anda dapat meluangkan masa untuk makan sesuatu di pagi hari.

2. Orang yang tidak pernah meninggalkan sarapan memiliki kecenderungan tidak kelebihan berat badan, dibandingkan orang yang suka meninggalkan sarapan pagi. Bagi yang sedang melakukan diet, sarapan menjadi perkaral yang paling penting. Ini kerana, orang yang sarapan mampu mengendalikan nafsu makan mereka sepanjang hari. Kenyang disebabkan sarapan akan mencegah anda mengambil makanan berat pada waktu makan seterusnya.

3. Dengan sarapan pagi, memori dan konsentrasi semakin meningkat. Mood anda akan jauh lebih baik, tidak mudah marah-marah atau cepat tersinggung.

Petua Untuk Menjadi Suami yang Baik


Petua Untuk Menjadi
SUAMI Yang Terbaik

Ringan Tulang - Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur.

Ambil Hati Isteri - Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.
Uruskan Anak-Anak - Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

Tunjukkan Kasih Sayang - Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

Sediakan Pembantu Rumah - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

Doakan Kebaikan Untuk Isteri - Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika bulan Ramadan. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI


Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

10 surah


10 Surah

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Petua Untuk Meminta Bantuan Suami Buat Kerja Rumah


Petua Untuk Meminta Bantuan Suami
Buat Kerja Rumah

1. Kalau suami anda rajin membantu kerja rumah, benarkan dia seminggu sekali lepak-lepak dengan kawan-kawannya selepas kerja. Lepak yang paling positif ialah di masjid atau surau dengan aktiviiti kemasyarakatan mereka. Ini menguatkan lagi sifat tanggungjawabnya terhadap keluarganya dan masyarakatnya. Itulah peranan seorang lelaki.

2. Bagi suami yang tidak pandai membantu, mulakan dengan kerja-kerja teknikal yang bertaraf maskulin seperti baiki paip bocor, tukar lampu, cat dinding, angkat barang berat, Syaratnya pujuk secara meminta bantuan bukan mengarah atau menyuruh. Selepas suami buat kerja itu, ucap terima kasih dan beri dia "hadiah" pada malamnya.

3. Setiap kali suami pulang ke rumah, ucapkan, "Abang dah pulang.. best ... kuat tenaga saya menguruskan rumah kita ini". Tanpa disuruh, suami anda akan bersama mengemas rumah anda. Jangan arah, tetapi minta pertolongan dengan sekali ungkapan sahaja.

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia


Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik
dan Bahagia

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya."

Sayangkan Isteri Berterusan


Petua Lelaki Untuk Sayangkan Isteri
Secara Berterusan

1.Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2.Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3.Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4.Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5.Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

Membuang Lemak Badan


Petua Untuk Membuang
Lemak Badan

Pilihan 1: Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.

Pilihan 2: Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua Mengatasi Sakit Pinggang


Petua Mengatasi Sakit Pinggang

Penyebab Sakit Pinggang:

1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang;
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang;
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri;
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.

Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.

Petua 1:

a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.

b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil.

Petua 2:

Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Merawat Mata Bengkak


Petua Merawat Mata Bengkak

Pilihan 1: Ambil akar Penaga Laut, cuci bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Seterusnya, tapis dengan kertas turas dan basuh mata dengan air rendaman akar tersebut.

Pilihan 2: Ambil Bunga Raya dan masukkan ke dalam air panas yang baru mendidih. Seterusnya, tapis dan gunakan air tersebut sebagai losyen. Sapukan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 3: Rebus Bunga Cina sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk mencuci mata anda yang sakit.

Pilihan 4: Rebus daun Kacang Botor sehingga mendidih. Setelah sejuk air rendaman tersebut, ambil air itu untuk mencuci bahagian mata yang bermasalah.

Pilihan 5: Ambil jeli daun Lidah Buaya dan masukkan ke dalam air masak. Setelah sejuk, ambil air itu untuk disapukan pada bahagian mata anda yang bermasalah.

Pilihan 6: Ambil daun muda Rokam Manis dan tumbuk lumat. Perah airnya dan titiskan pada kelopak mata anda yang bengkak.

Pilihan 7: Tumbuk lumat daun Setawar dan tampalkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 8: Rendamkan daun teh dalam air panas dan wapkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 9: Rebus Jintan Hitam sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis airnya dengan kertas tulas dan basuh mata anda yang bengkak pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 10: Basuh bersih Pangkal Lembah dan rebus sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis dengan kertas turas dan gunakan air rebusan ini untuk mencuci mata anda yang sakit dan bengkak.

Pilihan 11: Tumbuk lumat pokok Pegaga, perah dan tapis airnya. Titiskan air tapisan ke dalam mata anda sebanyak 4 kali sehari.

Petua Mengatasi Penyakit Batu Karang


Petua Mengatasi Penyakit Batu Karang

Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

• Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
• Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
• Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
• Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
• Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
• Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
• Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
• Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit.

Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Mengurangkan Selera Makan


Petua Untuk Mengurangkan
Selera Makan

1. Makan secara perlahan.
2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.
10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal atau pun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.

Mengempiskan Perut


Petua Untuk Mengempiskan Perut

Pilihan 1:
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Menghilangkan Jerawat


Petua Untuk Menghilangan Jerawat

Pilihan 1: Aspirin (ubat demam) - Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tersebut ke bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

Pilihan 2: Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

Pilihan 3: Minyak Zaitun – Petua ini telah diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

Friday 27 April 2012

Petua Untuk Memudakan Minda


Petua Untuk Memudakan Minda

1. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life-long Learning) - Otak kita tidak akan ‘pencen’ selagi kita masih mahu belajar. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

2. Persahabatan dan Perhubungan yang Sihat - Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda.

3. Jaga Pemakanan - Makan makanan yang berkhasiat , yang benar-benar berzat dan baik untuk otak.

4. Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup - Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat.

5. Banyak Membaca – Ini penting supaya kita tidak akan mengalami atrofi minda.

Petua Untuk Cantikkan Badan


Petua Untuk Cantikkan Badan

Sediakan segelas air suam dan masukkan 3 sudu kecil daun teh dan juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi dan setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Khasiat Buah Mengkudu


Khasiat Buah Mengkudu

Khasiat mengkudu baik sekali untuk lelaki danpun wanita. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun begitu, anda boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu seperti adalah seperti berikut:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.
2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.
3. Kisar buah mengkudu dengan sedikit air masak.
4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.
5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.
6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini secara berterusan.

Allah yang Maha Pemurah...

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya.

Terima kasih untuk saat - saat indah yang dapat kami nikmati bersama.

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama.

Saya datang bersujud dihadapanMU...

Sucikan hati saya ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidup saya.

Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya...
janganlah biarkan saya, melabuhkan hati saya dihatinya..
kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan jauhkan dia dari relung hati saya...

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus, murni...
dan tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk saya...
ya Allah tolong satukan hati kami...
bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya...
berikan saya kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya...

Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana telah Engkau ciptakan...

Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh - sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia...

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doa saya ini...
lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU...

Allah yang Maha kekal, saya mengerti bahwa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk saya...
luka dan keraguan yang saya alami, pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajarkan saya untuk hidup makin dekat kepadaMU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing saya menuju terangMU...

Ajarkan saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....

Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendak saya yang menjadi dalam setiap bagian hidup saya...

Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku. Amin.

Buat renungan bersama:
'Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri'.
(Surah Luqman, ayat 8).

MENGENAI UBAN DALAM ISLAM


MENGENAI UBAN DALAM ISLAM

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.
Dengan ini lah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatat nya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
Namun, jika uban tersebut berada pada janggut atau rambut yang tumbuh di wajah, maka ini jelas haram nya.
“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidak lah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap uban nya akan di hitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjat nya.” (Al Baihaqi)
“Jangan lah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan di catat bagi nya satu kebaikan, dengan uban itu akan di hapus kan satu kesalahan, juga dengan nya akan di tinggi kan satu darjat.” (Ibnu Hibban)
“Jangan lah mencabut uban. Tidak lah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya bagi nya pada hari kiamat nanti.” (Abu Daud dan An Nasa’i)

Petua Menghalau Lalat


Petua Menghalau Lalat

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur anda seperti meja makan, kabinet serta dapur memasak, juga pada tempat-tempat lain yang anda rasakan perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Petua Untuk Halau Semut Di Rumah


Koleksi Petua Untuk
Halau Semut Di Rumah

Petua 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Sayur Bayam Untuk Mendapat Anak Kulit Cerah


Sayur Bayam Untuk Mendapat
Anak Kulit Cerah

Sekiranya anda dan suami anda berkulit gelap dan berambut hitam, tentu anda fikir mustahil untuk mendapatkan anak yang berambut perang dan berkulit cerah. Menurut orang tua-tua dahulu, ibu-ibu mengandung hendaklah memakan banyak sayur-sayuran hijau terutamanya sayur bayam. Selain itu jangan lupa makan telur ayam kampung. Orang zaman dahulu mengamalkan petua ini dan terbukti khasiatnya. Anak anda akan berkulit cerah dan berambut perang. Anda boleh mencuba dahulu dan amalkannya sehingga bayi dilahirkan. Apa yang anda hajati mungkin akan termakbul.

Petua Untuk Menambat Hati Suami

Pujukan, rayuan dan usikan manja kepada suami amat penting. Intonasi suara atau lenggok suara pun berseni, jika merajuk pun seksi apatah lagi pada saat-saat yang romantik. Keindahan bahasa mampu menggetarkan hati orang yang mendengar, menghilangkan kerisauan orang yang tertekan, memberi cahaya terang pada yang buntu dan menghiburkan dia yang berduka. Tidak perlu menjadi sasterawan untuk runtuhkan hati suami.

Petua Merawat Kulit Terbakar Matahari

Jika anda menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering barulah cuci dengan air bersih.

Petua Untuk Membunuh Lipas


Petua Untuk Membunuh Lipas

Pilihan 1: Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Lipas akan mati.

Pilihan 2: Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

Pilihan 3: Jika terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus, dilecek dan dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pegedel dan letak di tempat banyak lipas.

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

Wednesday 25 April 2012

Doa 2


Ya Allah.... berikanlah kepada mereka yang belum menikah agar mendapatkan jodoh yang terbaik, yang sudah menikah agar segera mendapatkan anak yang sholih dan sholihah,

Ya Allah.... jadikanlah kami dan keturunan kami orang yang senantiasa hanya menyembah-Mu saja....

Ya Allah.... mudahkanlah urusan kami, lapangkanlah rezeki kami...
Ya Allah.... jika rezeki kami ada di langit turunkanlah, jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkalah, jika jauh, dekatkanlah.....

Ya Allah... sehatkanlah badan kami, sehatkanlah pendengaran kami dan sehatkanlah penglihatan kami
Ya Allah.... maafkanlah kesalahan-kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa dan rahmatilah kami....
Bertaqwa semampunya dan Berusaha agar tetap ikhlas selalu..

Perhatikanlah apa yang diucapkan oleh seseorang, jangan perhatikan siapa yang mengucapkannya.-Saiyidina Ali Abu Talib-

Apabila kita membaca sesuatu yang baik, maka hasilnya juga pasti baik, begitulah sebaliknya..Jadi pilihlah bacaan mana yang membawa kebaikan bukan membawa keburukan. Kita tahu membezakannya.

Orang kata, ketawa itu boleh menghilangkan masalah dan meredakan tekanan, tetapi hanya untuk seketika. 'Saya' kata menangis itu lebih baik kerana itu melembutkan hati dan menenangkan. Menangislah kerana takutkan Allah dan menangislah kerana hidup ini bergelumang dengan dosa. Tidak salah ketawa, tetapi biarlah menangis terlebih dahulu kemudian diikuti ketawa, jangan ketawa diikuti tangisan.

Petua Untuk Menawan Hati Suami

1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. (pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dan lain-lain). Ada juga suami yang tidak suka ditegur atau pantang ditegur.
2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.
3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.
4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
5. Apabila berselisih faham/berkrisis/bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu.

Kasih Seorang Ibu…(T_T)

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Tuesday 24 April 2012

Layan suami


Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri. Jika anda tidak risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami. Moga-moga anda berdua akan kekal bahagia selamanya.

Menghilangkan Parut di Kulit


Petua Menghilangkan Parut di Kulit

- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut
- Lakukan sekerap yang mungkin
- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.
- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan Jerawat


Petua Menghilangkan Jerawat

- Campur bedak sejuk dan asam jawa.
- Selawat Nabi 3 kali.
- Sapukan di muka dan di tempat jerawat

Salah siapa??


Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca di rumah atau baru selesai membersihkan halaman, siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami? Perkara ini mungkin kecil tetapi memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri. Tangan yang sering membawa hidangan minuman itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami. Jadi biarlah tangan itu milik isteri, bukan milik pembantu rumah.

Petua Menangani Suami “Miang” Melihat Perempuan Lain


Petua Menangani Suami “Miang”
Melihat Perempuan Lain

1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.

2. Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

3. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mreka harus dan bijak mendandan diri. Cara itu, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Ada segelintir isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Isteri mesti sentiasa kemas, sopan dan kelihatan manja. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

4. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat.

5. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam.

Pikat suami


1. Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
2. Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu.
3. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Menawan Hati Suami


Petua Untuk Menawan Hati Suami

1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. (pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dan lain-lain). Ada juga suami yang tidak suka ditegur atau pantang ditegur.
2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.
3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.
4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
5. Apabila berselisih faham/berkrisis/bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu.

Petua Untuk Rumah Tangga Bahagia

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung

Perkara-Perkara Yang Mudah Membuat Suami Benci

Perkara-Perkara Yang Mudah Membuat Suami Benci

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "Hubby I tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan ?? "

3. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

Petua Untuk Memastikan Suami Tidak Akan Kahwin Lain


Petua Untuk Memastikan Suami
Tidak Akan Kahwin Lain

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan isteri tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan suami juga menyukainya. Ada juga suami yang tidak suka lihat isteri memakai baju “kelawar” di rumah. Oleh itu, penampilan isteri di rumah amat penting.

Petua Elak Tabiat Mengumpat


Petua Elak Tabiat Mengumpat

Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat.

Selalunya orang akan bercakap begini:
1. "Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
2. "Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
3. "Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedap dan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.

Isteri Yang Dianggap Durhaka Kepada Suami


 Isteri Yang Dianggap Durhaka Kepada Suami

Sabda Rasulullah SAW: "Isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya bererti dia dalam kemurkaan Allah, sehingga dia senyum kepada suaminya atau dia meminta keredhaannya."

Doa



Ya Allah jika rezeki kami msh diatas langit,turunkanlah
Jika ada di dlm bumi, keluarkanlah,
Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,
Jika msh jauh dekatkanlah,
Ya Allah limpahkanlah kpd hambaMu segala yg telah engkau
limpahkan kpd hamba2 Mu yg sholeh,

Isteri yang suka menyakiti hati suami


  Nabi Muhammad s.a.w. ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Kewajiban Suami Terhadap Isteri


 Kewajiban Suami Terhadap Isteri

1. Allah Taala berfirman, yang bermaksud:
"Dan gaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara sebaik-baiknya." (An Nisa 19)
2. Dan Allah berfirman lagi:
'Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya." (Al Baqarah : 228)
3. Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasehati para hadirin yang maksudnya:
'Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sandirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengijinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahwa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
4. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang)." (Riwayat Abu Daud)

Petua Untuk Menangani Orang Panas Baran


Petua Untuk Menangani Orang Panas Baran

1: Diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya.
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api itu tidak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam. Berdiam diri satu sikap yang sejuk, dan sejuk adalah sifat air. Jika anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya.

2: Jauhkan diri darinya buat seketika. Jika anda jenis orang yang tidak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tidak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tidak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni. Biasanya orang yang panas baran ini suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari daripada mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran itu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.

Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama. Kesannya anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup anda semuanya kerana anda tertekan. Jauhkan diri supaya anda dapat menjaga aura positif pada diri anda.

3: Beri masa untuk dia sejuk sendiri. Orang panas baran sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan. Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebabnya kenapa matador di Sepanyol suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia ingin buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.

Petua Untuk Bertengkar


Petua Untuk Bertengkar

1. Anda orang dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.

2. Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.

3. Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4. Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.

5. Anda fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa.

6. Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pegi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati anda.

7. Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.

9. Anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, jenaka yang berpada-pada sahaja.

10. Anda diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biarkan dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengkaran pasti tidak menjadi.