Amalan Berzikir Pelindung
Amalan Berzikir Pelindung
Ketika Dalam Perjalanan
Berzikir (mengingati Allahs.w.t.) dan membaca ayat suci al-Quran
mempunyai banyak berkat dan fadilat. Ia juga antara usaha paling mujarab
bagi melindungi diri daripada sebarang bahaya dan kejahatan sama ada
manusia, jin atau syaitan ketika dalam perjalanan. Kita perlu memohon
perlindungan Allah.
1. Antara amalan Rasulullah SAW dalam perkara ini adalah dengan membaca:
Surah al-Fatihah.
Surah al-Ikhlas (tiga kali)
Surah al-Falaq (tiga kali)
Surah al-Naas (tiga kali)
Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98
2. Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:
Surah al-Fatihah
Ayat al-Kursi
Surah al-Quraisy
Doa ketika keluar rumah:
Maksudnya: “Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan tidak ada
daya upaya dan kekuatan melainkan (daya upaya dan kekuatan) Allah, aku
berlindung dengan-Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan, atau
daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada zalim atau dizalimi atau
daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.”
3. Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya:
”Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang
kami sebelum itu tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami
akan kembali.” (Surah al-Zukhruf, ayat 13-14)
4. Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah menganjurkan kita supaya membaca:
Doa ketika hujan yang maksudnya: “Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang menyenangkan.”
5. Doa ketika mendengar guruh dan petir yang bermaksud: “Ya Allah
janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah engkau
binasakan kami dengan azab-Mu dan ampunkanlah kami sebelum itu.”
6. Doa ketika angin bertiup kencang yang bermaksud: “Ya Allah aku
memohon kepada-Mu kebaikan (angin ini) dan kebaikan yang ada padanya dan
kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya, aku memohon
perlindungan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya
serta keburukan yang engkau utuskan bersertanya.”
Mudah-mudahan
dengan membaca ayat, doa dan mengamalkan zikir mendapat berkat dan
terhindar daripada sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.
Dalam kehidupan yang semakin sibuk serta pertambahan penggunaan
kenderaan awam dan persendirian oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi
satu daripada usaha untuk mengelak kejadian tidak diingini sepanjang
perjalanan, sama ada dekat atau jauh. Zikir adalah santapan hati yang
wajar dijadikan amalan oleh setiap orang Islam.
Golongan
mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan
kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan
itu bertujuan mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh
menenangkan diri serta reda akan apa yang berlaku selepas usaha sesuai
diambil.
No comments:
Post a Comment