Sunday, 6 May 2012

Makanan mengurangkan kolesterol

Makanan Untuk Mengurangkan Kolesterol

Buah Kering - Buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat. Ia juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.

Epal - Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Ikan Tuna - Ikan tuna merupakan sumber asid lemak Omega-3. Ia baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.

Jambu Batu - Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Amalkan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Anda disyorkan untuk memakan 2 biji setiap hari, samada sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Kacang Soya - Kacang soya boleh membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.

No comments:

Post a Comment