Rahsia Mengenali Wanita Cara Berjalan
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini adalah wanita yang
tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya
itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita
seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika
berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti
ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya,
namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita
seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka
menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat
yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti
ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun,
jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan
menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini
sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika
anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil.
Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita
ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment