Petua Sakit Kepala
Sakit kepala biasanya berpunca dari saluran
darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat di seluruh badan.
Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan
dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak
tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit
kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu
kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
Punca Dari Pakaian
- Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang
boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak
wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya - Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
Punca Dari Mata - Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu
dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan
cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh
menyebabkan sakit kepala
Punca Dari Penyakit -
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
Punca Dari Kepala - Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
Ubat Sakit Kepala
Pilihan1: Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan
dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa
ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus
dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening
mata anda selepas itu dan akan sembuh segera.
Pilihan 2: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
No comments:
Post a Comment