Sunday, 6 May 2012

Rambut Lelaki


Rambut LELAKI

1. Rambut Lurus - Seorang lelaki yang bijak, selalu gembira, pandai bergaya, cepat cemburu, dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2. Rambut Kerinting Tebal - Seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3. Rambut Kerinting Negro - Seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4. Rambut Ikal Mayang - Seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5. Rambut Halus/Lembut - Seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6. Rambut Sikit - Seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7. Rambut Perang - Seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8. Rambut Tebal - Seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9. Rambut Kusut - Seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

Merawat Cirit Birit


Petua Merawat Cirit-Birit

1. Kunyit – Untuk cirit-birit bayi, ambil 2 potong kunyit dan sepotong kecil kayu jati. Salah satu dari kuny6it tersebut hendaklah dikupas dan dicuci bersih, manakala yang sepotong lagi dibakar hingga kulit bertukar hitam lalu dibersihkan. Kunyit itu kemudian diparut kesemuanya. Ambi potongan kayu jati dan bakar sehingga menjadi bara lalu masukkan kedalam segelas air. Kunyit yang telah diparut itu juga masukkan ke dalam gelas tersebut. Perah airnya dan amalkan meminumnya 3 kali sehari atau 1 sudu makan untuk anak kecil. Sukatan bagi oarng dewasa pula ialah 2 sudu makan, 3 kali sehari.

2. Durian Belanda - Ambil sebiji buah durian belanda dan asingkan bijinya. Perah jusnya ke dalam gelas dan tapiskan. Hasil tapisan kemudian di campurkan dengan susu pekat manis secukupnya dan minum 2 kali sehari.

3. Jintan Putih - Ambil jintan putih, kulit buah delima, 3 hiris halia, santan pekat dan buah pala beserta bunganya sekali. Kisar kesemua bahan tersbut sehingga halus (kecuali santan). Setelah hancur kesemuanya, campurkan dengan santan dan hasilnya bolehlah digunakan untuk merawat cirit birit ini dengan cara meletakkan ramuan ini ke perut dan juga ulu hati kemudian balut dengan kain.

4. Daun Jarak – Untuk cirit-birit bayi, ambil beberapa helai daun jarak dan panaskan dengan api sehingga daun menjadi layu. Tampal daun tersebut ke perut bayi dan bungkus dengan kain.

Saturday, 5 May 2012

Merawat Resdung

Petua Merawat Resdung

Pilihan 1:
a. Sedikit akar terung kemar
b. Sedikit akar mengkunyit
c. Akar melur susun
d. Akar melur biasa
e. Kemenyan

Caranya: Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu. Kemudian, sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam.

Pilihan 2:
a. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
b. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
c. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
d. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.
e. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
f. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
g. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

Pilihan 3:
Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali. Seterusnya, basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.

Pilihan 4: Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda.

Pilihan 5:
Ada sesetengah orang menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Bersin ini berlaku beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian, anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali. Nescaya bersin anda akan hilang.

Pilihan 6:
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya

Pilihan 7: Ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan hisap seperti rokok.

Pilihan 8: Amalkan selalu mencium bunga daun bawang merah.

Pilihan 9: Hiris 3 biji bawang merah. Ambil pula 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Pilihan 10: Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Pilihan 11: Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut pokok ini dan keringkan akarnya. Selepas itu, bakar dan hidu akarnya. Anda akan berasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok ini. Mata anda juga akan terasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali.

Pilihan 12:

a. Daun pisang kelat amat berkhasiat untuk memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Keringkan daun pisang kelat selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu akan masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat bukan sahaja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walaupun baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini.

b. Bagi anda yang tidak merokok, bakarkan daun pisang kelat ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam, anda hendaklah membuka penutupnya dan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Sedutlah asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Pilihan 13: Sedut air ke dalam hidung, kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja.

Pilihan 14: Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tersebut dan sedut asapnya.

Menghilangkan Kulit muka berminyak

Petua Wanita Untuk Menghilangkan
Kulit Muka Berminyak

• Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.

• Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.

• Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.

• Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

• Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.

• Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Pandangan lelaki terhadap wanita


Pandangan Sesetengah Orang Lelaki
Terhadap Wanita

Ada sesetengah orang lelaki mengeluh kerana terdapat banyak sifat negatif dalam diri wantia yang amat sukar untuk diubah, samaada oleh diri sendiri atau orang lain.

• CEREWET – Wanita begini menganggap dirinya sebagai ' perfect' dan mereka 'perfectionist'. Sebenarnya, mereka lebih suka membuang masa dengan memikirkan perkara yang remeh temeh sehingga perkara pokok diabaikan.

• CELUPAR - Lebih tepat lagi 'mulut laser'. Ada sahaja perkara yang tidak disukainya.

• CEMAS - Pantang sahaja ada masalah, mereka terus mengeluh dan ada juga yang secara automatik menyalahkan orang lain.

• CETEK - Akal fikiran yang cetek di mana bukan tidak bijak, tetapi fikiran mereka mudah dipengaruhi oleh emosi.

• CEMBURU - Dari zaman batu hinggalah ke zaman rumah batu, mereka tidak habis-habis dengan sifat ini.

Golongan manakah anda??


Rahsia Unsur Zakar

Terdapat satu petua kuno untuk mengenal sikap lelaki berdasarkan pada ciri zakarnya. Petua ini dikenali dalam bahasa Arab sebagai Baitul Haq. Ia adalah petua yang berdasarkan kepada kepercayaan bahawa semua zakar boleh digolongkan kepada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Walau bagaimana pun kebanyakan zakar adalah kombinasi dari 2 atau 3 unsur ini.
ZAKAR AIR

Zakar ini sikapnya lemah‐lembut. Biasanya saiznya kecil, lembut dan bersifat kewanitaan. Lelaki yang punya Zakar Air biasanya adalah pemelihara hubungan suami isteri. Mereka akan memasak, membasuh, menseterika baju dan sebagainya. Peranan keibuan yang dilaksanakan olehnya kadangkala membuatkan isterinya rasa bersalah dan takut, terutamanya bila isteri sendiri memang suka pada kerja‐kerja tersebut. Biasanya lelaki Zakar Air kuat nafsu jimaknya dan pandai memujuk wanita untuk melakukan seks dengannya.
ZAKAR API 
Zakar ini bersifat paling maskulin. Ia biasanya agresif, pendesak dan bersifat mengongkong. Bentuk zakar ini ialah tebal, lurus dan seimbang tetapi tidak panjang. Dari sudut warnanya pula, ia merah cerah ataupun merah jambu yang semarak. Lelaki yang punya Zakar Api punya selera jimak yang membara dan penggoda. Ramai wanita mungkin tertarik padanya. Melakukan jimak bersama lelaki Zakar Api adalah hangat, tetapi kehidupan berumahtangga dengan lelaki ini mungkin terasa bagai neraka. Ramai wanita mungkin tidak dapat bersabar dengan sikap lelaki ini.
ZAKAR TANAH

Ianya mudah dikenal. Bentuknya seperti Tanah jenis sayur‐sayuran yang akarnya berisi seperti keladi, keledek, lobak dan sebagainya. Ia adalah jenis akar yang akan tumbuh subur bila ditanam jauh dalam tanah yang gelap dan lembap. Biasanya Zakar Tanah saiznya besar, bentuknya tidak menentu dan warnanya gelap. Buah zakarnya pula biasanya besar, berbulu dan labuh. Zakar Tanah setia (homely) sifatnya dan amat berkemampuan. Ia gemar untuk bercucuk‐tanam dan membajak, dan ia adalah yang teratas dalam mana‐mana hubungan suami‐isteri. Dia suka pada kaedah jimak yang biasa dan jarang melakukan kaedah yang pelik‐pelik. Dia mungkin kelihatan agak ganas sedikit tetapi dia lebih gemar melakukan jimak secara ringkas dan mudah seperti sifat dirinya. Mungkin lelaki yang punya Zakar Tanah kurang bijak.