Thursday 12 April 2012

10 Penyakit lelaki yang paling Popular


10 Penyakit Lelaki Yang Paling Popular.

1. Sakit Jantung. Digambarkan sebagai rasa sakit yg amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yg keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.

* PENYEBAB : Asap rokok, tekanan perasaan,kandungan lemak yg tinggi,kurang bersenam,darah tinggi & kencing manis.

2. Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD). COPD ialah gangguan pernafasan kronik yg secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.

*PENYEBAB : Merokok.

3. Kencing Manis. Juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yg dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.

* PENYEBAB : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yg mempunyai kadar gula yg tinggi dan yg mempunyai radang pada pankreas.

4. Strok. Merupakan sejenis penyakit otak yg sering berlaku secara tiba-tiba. Biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.

* PENYEBAB : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok), diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yg tinggi dan merokok.

5. Kanser Pankreas. Pankreas adalah kelenjar yg menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritonium.

* PENYEBAB : Faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yg sering dan banyak, diabetes dan merokok.

6. Kanser Prostat. Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yg berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yg mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).

* PENYEBAB : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.

7. Tekanan Darah Tinggi. Dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yg dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.

* PENYEBAB : Pengambilan makanan yg tinggi lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.

8. Batu Karang. Air kencing mengandungi garam galian yg telah hancur Jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertulkar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau Gallstone.

* PENYEBAB : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yg kurang sihat.

9. Obesiti. Diertikan sebagai jumlah berat badan yg berlebihan akibat kandungan lemak.

* PENYEBAB : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yg sihat,pengambilan makanan yg berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin can sindrom metabolik

10. Gout. Gout disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yg dikenali sebagai asid urik dalam darah yg boleh membentuk hablur atau kristal.

* PENYEBAB : Pengambilan makanan yg mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yg sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yg berlebihan (polycythaemia rubra vera, anemia hemolitik dan leukemia), cuaca yg lalu sejuk, pengambilan ubat bagi penyakit tertentu dan kelesuan.


No comments:

Post a Comment