Menawan Hati Suami
Petua Untuk Menawan Hati Suami
1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan
suami. (pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dan
lain-lain). Ada juga suami yang tidak suka ditegur atau pantang ditegur.
2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.
3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.
4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
5. Apabila berselisih faham/berkrisis/bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu.
No comments:
Post a Comment