Thursday 12 April 2012

Tanda-Tanda Wanita Yang Baik Akhlaknya


Tanda-Tanda Wanita Yang Baik Akhlaknya

1. Baik tingkah lakunya terhadap suaminya, anak anaknya, ibu bapanya, teman-temannya, tetangganya dan masyarakatnya iaitu:
~ Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan perbuatannya.
~ Dengan anak-anaknya berbicara dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kasar).
~ Dengan ibu bapanya senantiasa bersopan santun dan beradab.
~ Dengan teman-teman, tetangga dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mencaci-maki serta memfitnah.
2. Tidak jahat mulut iaitu tidak suka mengadu kepada ibu bapa, teman-teman dan tetangganya mengenai keburukan suaminya.
3. Banyak sabarnya dalam menempuh segala kesusahan dan ujian dari Allah serta dalam mengerjakan  perintah-perintahNya.
4. Tidak terlalu berhias ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.
5. Tidak cepat berkeluh-kesah dalam menempuh kehidupan.
6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi semua keinginannya.
7. Memadai (redha) dengan apa sahaja pemberian suaminya.
8. Tidak suka banyak berbicara, berbicara hanya yang perlu sahaja.
9. Selalu berada di rumah.
10. Selalu berpuasa.
11. Selalu merenungkan keaiban diri.

No comments:

Post a Comment