Thursday 12 April 2012

KUKU


Firasat Melayu Lama Mengenai KUKU

1. Kuku Rapi dan Indah
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Kuku Pendek tetapi Lebar
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Dia sukakan muzik dan lagu.

3. Kuku Agak Panjang dan Berwarna Pucat
Dia terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Dia juga agak malas dan kalau melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Kuku Sedang dan Warna Merah Sedikit
Dia mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Kuku Bersegi Tetapi Rata
Dia memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, tiada kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Kuku Langsing
Dia biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Kuku Panjang Bulat Berwarna Kuning
Dia orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Kuku Runcing Ke bawah atau Seperti Biji Timun
Dia sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tidak kuat bekerja.

9. Kuku Runcing Tetapi Besar dan Tebal
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras hati dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Kuku Bersegi, Bahagian Bawah Sedikit Runcing
Dia tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya di peringkat rendah sahaja.

11. Kuku Besar dan Banyak Garisan
Dia biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih, ia menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Kuku Banyak Serat (Serabut)
Dia sering ditimpa kesusahan, jauh dari sanak keluarga, dan boleh mati di sebarang tempat.

13. Kuku Seperti Kikir
Kemungkinan orang ini akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku Banyak Titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam
Suatu petanda bahawa orang ini dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

No comments:

Post a Comment