Saturday 28 April 2012

Sarapan Pagi Yang Berkhasiat


Sarapan Pagi Yang Berkhasiat

Bijiran Sarapan Pagi - Dimakan bersama susu rendah lemak dan potongan buah-buahan. Ia membekalkan protin, kalsium, vitamin dan zat galian yang lain. Hidangan ini rendah lemak, mudah, ringkas dan cepat disediakan. Paling sesuai bagi anda yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.

Emping - Dimakan bersama susu rendak lemak dan buah-buahan segar/kering seperti kismis, kurma, dan prun. Hidangan ini kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat. Ia membantu mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga melancarkan penghadaman.

Pelbagai Pilihan Sandwich - Pilih roti paun meal penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi. Inti yang berkhasiat seperti tuna dalam air, sardin, keju rendah lemak, telur rebus, mentega kacang, dan jem tanpa gula. Gunakan marjerin tidak tepu (bunga matahari, zaiton, jagung dan soya). Elakkan penggunaan mentega, mayonis dan susu manis.

Mee/Nasi/Bubur - Ia hidangan istimewa yang lengkap dengan karbohidrat. Lebih berkhasiat jika ditambah dengan telur, isi ayam/daging/ikan dan sayur-sayuran.

Hidangan Ubi - Semua jenis ubi merupakan sumber karbohidrat yang utama dan cepat mengenyangkan. Contoh hidangan ubi adalah ubi rebus, ubi panggang, ubi kukus, dan ubi lecek. Ubi juga boleh dimakan bersama inti seperti telur rebus, tuna dalam air, kacang merah dalam sos tomato.

Pelbagai Hidangan Telur - Telur adalah sumber protin dan zat besi. Contohnya, telur rebus telur dadar, telur 'scramble', sup telur, telur dadar berinti (isi ayam/daging/bawang dan sayur-sayuran).

Buah-buahan - Pisang, Buah Lai, Limau, Epel, Jus Buah, Susu Kacang, Susu Rendah Lemak, Minuman Yogurt, Kurma, Kismis, dan Prun.

No comments:

Post a Comment