Saturday 28 April 2012

Petua Mengatasi Penyakit Batu Karang


Petua Mengatasi Penyakit Batu Karang

Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

• Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
• Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
• Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
• Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
• Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
• Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
• Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
• Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hhingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan. Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit.

Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
7. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment