Tuesday 24 April 2012

Petua Elak Tabiat Mengumpat


Petua Elak Tabiat Mengumpat

Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat.

Selalunya orang akan bercakap begini:
1. "Aku bukan nak mengata ... tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia.."
2. "Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar.."
3. "Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan..."

Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?
Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang, ia ibarat makan buah mempelam cicah asam. Bendanya masam, tetapi memang sedap dan syok bila diratah. Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang.

No comments:

Post a Comment