Petua Mengatasi Sakit Pinggang
Petua Mengatasi Sakit Pinggang
Penyebab Sakit Pinggang:
1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang;
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal
tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan.
Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala
sakit pinggang;
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri;
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan
jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang
saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.
Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu
penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit
tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk
mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan
melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari
keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.
Petua 1:
a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.
c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda
meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut
mudah-mudahan ianya berhasil.
Petua 2:
Sediakan
kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari
berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit
pinggang akan berkurangan dan sembuh.
No comments:
Post a Comment