Tuesday 24 April 2012

Petua Untuk Menangani Orang Panas Baran


Petua Untuk Menangani Orang Panas Baran

1: Diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya.
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api itu tidak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam. Berdiam diri satu sikap yang sejuk, dan sejuk adalah sifat air. Jika anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya.

2: Jauhkan diri darinya buat seketika. Jika anda jenis orang yang tidak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tidak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tidak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni. Biasanya orang yang panas baran ini suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari daripada mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran itu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.

Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama. Kesannya anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup anda semuanya kerana anda tertekan. Jauhkan diri supaya anda dapat menjaga aura positif pada diri anda.

3: Beri masa untuk dia sejuk sendiri. Orang panas baran sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan. Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebabnya kenapa matador di Sepanyol suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia ingin buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.

No comments:

Post a Comment