Thursday 12 April 2012

Mengelakkan bibir menjadi kering

Petua Mengelakkan Bibir Menjadi Kering

Bibir yang kering akan membuatkan penampilan seseorang wanita tidak menarik. Anda mungkin kelihatan lesu atau tidak bermaya. Ia juga akan menyebabkan anda sendiri berasa tidak selesa dengan bibir anda dan anda juga akan cenderung untuk menjilat bibir anda untuk melembabkannya, sedangkan tindakan itu sebenarnya akan menyebabkan bibir menjadi semakin kering.

Punca-Punca Kekeringan:
1. Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, penggunaan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.
2. Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Berhati-hatilah dengan apa jenis minuman yang kita minum. Meminum kefein atau alkohol menyebabkan dehidrasi tanpa disedari. Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari. Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas atau melakukan aktiviti di luar rumah.
3. Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan menjilat bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.
4. Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.
5. Jika bibir anda mudah menjadi kering, pastikan anda meminum air yang mencukupi setiap hari. Selain mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Oleh itu, jangan khuatir jika anda kerap membuang air kecil kerana ia membantu pembuangan toksik dalam badan.
6. Memakan makanan yang sihat juga membantu memulihkan keadaan ini. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat C, E dan B, serta elemen zink, zat besi dan beta-carotene.
7. Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan akan menyebabkan tubuh anda mempunyai daya tahan yang kuat serta menjauhkan serangan kuman.
8. Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering. Buah-buahan jenis citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister). Juga, sesetengah ubat gigi boleh menyebabkan kekeringan bibir.

* Sapukan krim khas untuk merawat bibir seperti “lip balm” agar kelembapan bibir terpelihara.
* Anda juga boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.
* Anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.
* Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih 1 ½ tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
* Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari. Ia boleh menyebabkan bibir anda nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam, kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering tidak lagi kelihatan.
*Jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar dan mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut bibir anda dengan menggunakan berus gigi bagi membuang sel-sel kulit mati.

No comments:

Post a Comment