Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan
pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan
mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang
mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik
mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat
ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam
di depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau
rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih
muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan
seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga
suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada
mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian
beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi,
sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang
berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan
mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke
kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai
mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c.
Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah
objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan
sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata
anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A
& C - susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan
(terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment