ASMA' ALLAH
ASMA' ALLAH
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!"
apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan
hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x
setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan
yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang
diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100
x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga
dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani
& rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila
dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam
gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan
sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati
kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila
dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan
menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang,
semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan
otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!"
sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum
mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari
dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari.
Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!"
sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir
ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!"
dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang
siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!"
dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.
Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x
sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah,
sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah
akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan
Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya
Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir
ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya
Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci,
khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.
Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak
70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau
perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap
hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk
memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya
kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul
& pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari
menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa
akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x
sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati,
cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam
keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima
ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai
solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah
dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu,
bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat
atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar
atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan
sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai
sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian
ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan
izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &
sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat,
hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa &
beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya
oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis
solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah
semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita
mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!"
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu
direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang &
tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya
Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung
dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam
hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam
kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja
sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana
rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan
kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya
Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang
terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai
darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya
Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap
penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap
hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di
tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian
mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
InsyaAllah..
45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat
yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu
diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah
solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46.
"Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang
berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah
Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47.
"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir
ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah
sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan
zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga
kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya
Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan
kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua
anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai
ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x
dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!"
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah
Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai
ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir
ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti
sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin
agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun
berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali,
antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar
untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat
sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan
zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan
kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini
sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima
segala p uji an.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri
kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah
(muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5
waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!"
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya
Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang
ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh
setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi
insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..."
sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya
secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65.
"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan
zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang
belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya,
amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat
5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa
sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa
segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan
sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x
setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya
Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu
sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad
bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan
zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan
Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah
solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu
rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik
& sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang
boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu
hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu
memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita
akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang
sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu
mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya &
segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa
yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya
Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan
petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika
kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir
ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt
pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul
Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal
& tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya
Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari
selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir
ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil
kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya
ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang
lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya
Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan
yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!"
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat
kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat
berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang
mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh,
& bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin
Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As
Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung &
memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi
akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap
pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam
perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia
memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah
akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang
sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya &
berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x
selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya
Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca
rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya
kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya,
supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada
setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat
zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil
dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun
kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah
cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah
dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan.
Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala
usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment