Monday 28 May 2012

Petua Untuk Anak Belajar Matematiks


Petua Untuk Anak Belajar Matematiks

1. Wujudkan minat dalam matematiks dalam diri anak anda walaupun tidak pandai.

2. Kena Buat Banyak Latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksudnya matematik adalah satu subjek yang anak anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Terdapat pelajar yang belajar matematiks dengan hanya membacanya.

3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anak anda faham topik tertentu, dia tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika dia tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematiks. Setiap kali anak anda berlatih menjawab soalan matematiks, catat masa yang dia ambil. Selalunya dia ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, galakkannya untuk mencuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4. Hafal Sifir. In penting. Ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan 5 yang diuji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikirannya akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otaknya. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anak anda minat dan mula menguasai. Dia akan puas hati dan paling gembira apabila berjaya selesai masalah. Sesiapa yang pandai matematiks dia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematiks, tetapi juga bidang atau subjek lain.

No comments:

Post a Comment