Petua Makanan Untuk Mengatasi
Masalah Tidur Malam
Masalah
tidur malam atau lebih dikenali dengan nama insomnia sering dihadapi
oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja. Terdapat
banyak faktor yang menjadi punca kepada masalah
ini. Antaranya adalah disebabkan mengamalkan pemakanan yang tidak
sihat. Jadi apakah makanan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi
masalah ini?
Roti- Makanan yang berkabohidrat kompleks seperti
roti, bijirin gandum, dan oat membantu meningkatkan kadar hormon
serotonin yang berfungsi untuk melambatkan aktiviti saraf, menenangkan
otak dan merehatkan seluruh badan. Ini secara tidak langsung akan
membantu mempercepatkan proses tidur seseorang kerana berasa seluruh
anggota badan berada dalam keadaan selesa. Anda dinasihatkan untuk
memakan sekurang-kurangnya 1 keping roti sebelum tidur.
Teh/Susu- Pernahkah anda melihat seseorang akan meminum segelas susu
atau secawan teh terlebih dahulu sebelum masuk tidur? Ia sebenarnya
membantu anda mengatasi masalah tidur malam yang mungkin anda alami. Ini
kerana bukti saintifik menunjukkan bahawa kedua-dua minuman tersebut
membantu untuk menghasilkan rasa tenang atau relax terhadap tubuh badan
anda.
Cheese/Keju- Sekiranya anda berada di dalam keadaan yang
terlalu lapar atau terlalu kenyang. ia sebenarnya memberi masalah
terhadap tidur malam anda. Dengan memakan sekeping cheese sebelum tidur
sudah cukup untuk membuatkan tubuh anda berada dalam keadaaan selesa.
Ia kerana makanan ini mengandungi protein yang secukupnya untuk anda
tidur dan juga amat cepat untuk dihadamkan.
No comments:
Post a Comment