KELEBIHAN HARI JUMAAT
DIANTARA KELEBIHAN HARI JUMAAT
Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih
Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA
& AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah
seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan
dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah
Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari
tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan
afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau
diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit
matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada
hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam
meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding
hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul
aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat
banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam
Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah
akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin
apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah
memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu
kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis
riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam
ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu
akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah
mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa
RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu
adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai
didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan
ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An
Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan
penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa
besar” (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment