Sunday 6 May 2012

Khasiat Buah Asam Belimbing


Khasiat Asam Belimbing

1. Asam belimbing juga dikenali sebagai belimbing buluh di sesetengah tempat. Di dalam masyarakat Melayu, asam belimbing digunakan sebagai penambah perasa di dalam makanan. Untuk tujuan perubatan tradisional pula, terdapat 3 bahagian utama yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit iaitu buah, bunga dan dedaunnya.

2. Dari segi perubatan, asam belimbing boleh mengubati beberapa jenis penyakit seperti jerawat, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, batuk dan sakit gigi. Asam belimbing juga boleh digunakan untuk mencantikkan kulit. Bagi merawat masalah jerawat, buah asam belimbing diparut dan dicampurkan dengan sedikit garam. Campuran ini kemudiannya disapukan ke muka. Bagi mengubati penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit kepala pula, buah asam belimbing boleh dijadikan jus dan diminum.

3. Bagi merawat batuk, daun, buah dan bunga asam belimbing hendaklah direbus dan diminum airnya. Selain daripada itu, bunga asam belimbing juga boleh digunakan unutk mengubati sakit gigi dan batuk. Di samping itu juga, buah asam belimbing turut digunakan untuk menambahkan perasa di dalam nasi dagang di kalangan orang-orang Melayu.

No comments:

Post a Comment