Petua Melayu Untuk Meningkatkan Kesuburan
Petua Melayu Untuk Meningkatkan Kesuburan
1. Elakkan makan makan daging merah (contohnya daging lembu, kambing, dan rusa)
2. Elakkan makan makanan dari tenusu (contohnya, susu lembu, keju dan produk tenusu).
3. Tenangkan jiwa. Pergilah melancong. Bila tenang, badan anda pun tenang.
4. Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang
seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi
(pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti
terus jika terlalu kurus.
5. Kurangkan pengambilan kafein. Ada
kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh
melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80
hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah
penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah
kafein.
6. Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik
berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk
hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
7. Bersenam secara
tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat
badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan
menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga
boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos
(urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita
mengandung.
8. Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
9. Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan
sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi
kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila
diarahkan saja.
10. Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim
seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan
peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di
luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit.
Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.
Thanks for sharing juga.. :)
ReplyDelete