Monday 7 May 2012

Sengkuang Cina


Khasiat Sengkuang Cina

1. Sengkuang Cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Ia digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ambil 3 biji sengkuang Cina dan campur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

2. Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan goreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. Antara kegunaan biasa Sengkuang Cina:

• Campurkan dengan sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng.
• Masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti.

3. Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang Cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.

4. Apabila memilih sengkuang Cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

No comments:

Post a Comment