Saturday 5 May 2012

Merawat Resdung

Petua Merawat Resdung

Pilihan 1:
a. Sedikit akar terung kemar
b. Sedikit akar mengkunyit
c. Akar melur susun
d. Akar melur biasa
e. Kemenyan

Caranya: Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu. Kemudian, sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam.

Pilihan 2:
a. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
b. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
c. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
d. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.
e. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
f. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
g. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

Pilihan 3:
Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali. Seterusnya, basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.

Pilihan 4: Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda.

Pilihan 5:
Ada sesetengah orang menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Bersin ini berlaku beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian, anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali. Nescaya bersin anda akan hilang.

Pilihan 6:
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya

Pilihan 7: Ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan hisap seperti rokok.

Pilihan 8: Amalkan selalu mencium bunga daun bawang merah.

Pilihan 9: Hiris 3 biji bawang merah. Ambil pula 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Pilihan 10: Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Pilihan 11: Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut pokok ini dan keringkan akarnya. Selepas itu, bakar dan hidu akarnya. Anda akan berasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok ini. Mata anda juga akan terasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali.

Pilihan 12:

a. Daun pisang kelat amat berkhasiat untuk memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Keringkan daun pisang kelat selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu akan masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat bukan sahaja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walaupun baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini.

b. Bagi anda yang tidak merokok, bakarkan daun pisang kelat ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam, anda hendaklah membuka penutupnya dan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Sedutlah asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Pilihan 13: Sedut air ke dalam hidung, kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja.

Pilihan 14: Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tersebut dan sedut asapnya.

No comments:

Post a Comment