TAMPIL LANGSING
Petua Untuk Wanita
Tampil Langsing
Ada banyak cara yang boleh dilakukan para wanita
supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolah raga
atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan
langsing lagi seksi, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada
penampilan anda.
Panduan berpakaian yang perlu dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing :
1. Pilih pakaian dalam warna-warna senada.
2. Elakkan corak yang besar.
3.Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi.
4. Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.
5. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya
linen. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih
kelihatan berisi.
6. Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.
7. Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal
malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang
tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah
membuat anda kelihatan lebih langsing.
8. Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.
9. Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut.
No comments:
Post a Comment