Petua Untuk Memperoleh Zuriat
Mungkin anda telah berusaha dengan perubatan moden
dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah
s.w.t., namun belum memperoleh zuriat. Kita dituntut supaya banyak
bersabar dan jangan emosi tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan
mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi
anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh
menaruh harapan seratus peratus kepada Allah s.w.t. dan yakin bahawa
Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting,
doa dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah
SAW. Begitu juga dalam menutup doa.
Amalan 1:
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
1. Baca Bismillah 1 kali
2. Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
3. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4. Semasa sujud mohonlah kepada Allah s.w.t. apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak
yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
5. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami mahupun isteri selama 15 hari, atau
teruskan jika masih belum berhasil. Jangan mudah berasa putus asa.
Amalan 2:
1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari.
3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
4. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah s.w.t. akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.
No comments:
Post a Comment